They're not FOLLOWERS... They're COLOURS of my LIFE...

Monday, September 12, 2011

xxxx I'm Back xxxx



SALAM sume....

Ya Allah...
dah bersawang dah blog ni..
jangan kata labah-labah...
bapak tarantula pon dah bertelur...

sangat sibuk dengan macam-macam....
macam PM la konon...

entry kali ni...
sejak bila plak reti pakai perkataan entry ni???
saya bukan blogger yang penuh dengan komitmen...
tapi kalau ada something yang menarik...
saya suka share dengan sume yang sudi baca...

dalam mood raya yang masih hangat ni...
saya ingin berkongsi kenangan RAYA tahun-tahun yang lepas...
tahun-tahun sebagai BUDAK GEMOK + DEBAB + TONG DRUM...
yang tema biru ni tahun 2008...
gigi xde besi lagi...




memang gemok..
amik gambar selalu macam nak sorok kan separuh badan kat orang sebelah..
sebab nak nampak kan efek kurus la konon..
tak jadi pon...
kalau dah gemok tu gemok jugak!!!



tengok tu..
amik gambar badan mesti senget..
nak cover kegemokan!!!




ok sekarang tiba set RAYA tahun 2009...
kaler hijau pucuk paku...
still GEMOK!!!








memang obese...
i know....





gigi DRACULA!!!



GEMOK DRUM!!!!




takde perkataan lain dah...
GEMOK!!!



dah tak larat nak tulis perkataan gemok...
gamba2 bawah ni sume gemok!!!!
saksikanlah....



bajet amik gambar mamcam ni nampak kurusla....



ni pon bajet nak nampak kurus...
tapi harapan la...






sekian sudah...
memang terbukti saya gemok kan...
NO DOUBT....













tu sume 2 tahun yang lampau...
lampau la sangat...


ape yang saya dapat wat kesimpulan dari gambar-gambar saya yang dulu...

saya GEMOK maka saya tak CONFIDENT dengan diri saya...

tengok cara saya amik gambar...
macam nak sorok2 dari hakikat sebenar...



tapi tu sume cerita dulu...

sekarang saya ada cerita BARU....




saya rasa lebih YAKIN sekarang!!!


tak kesah pon dari angle mane...
confident je amik gambar...


tepi kiri...
tepi kanan...
saya tak takut amik gambar!!!


saya paling pendek!!!



saya bukan bajet lawa...
saya memang suka amik gambar =)





saya suka amik gambar kat pokok sebab nampak NATURAL....


























sonok berat turun..
walaupon bukanlah 40kg...
tapi saya selesa dengan berat saya sekarang...



saya memang tak kurus...
saya tak penah pon cakap saya kurus...
saya bukan perasan saya kurus..

tapi saya dah kurang banyak berat badan...
tu je...








turunkan berat badan untuk sihat...
then cantik tu datang kemudian....
<3


Monday, June 6, 2011

JOM WAT MAKSIAT!!!!!



Suatu hari ada seorang lelaki yang menemui Ibrahim bin Adham. Dia berkata:
"Wahai Aba Ishak! Selama ini aku gemar bermaksiat. Tolong berikan aku nasihat."
Setelah mendengar perkataan tersebut Ibrahim berkata:
"Jika kamu mahu menerima lima syarat dan mampu melaksanakannya, maka boleh kamu melakukan maksiat."
Lelaki itu dengan tidak sabar-sabar bertanya.
"Apakah syarat-syarat itu, wahai Aba Ishak?"
Ibrahim bin Adham berkata:
01."Syarat pertama, jika kamu bermaksiat kepada Allah,jangan memakan rezeki-Nya."
Mendengar itu dia mengernyitkan kening seraya berkata:
"Dari mana aku mahu makan? Bukankah semua yang ada di bumi ini rezeki Allah?
"Ya!" tegas Ibrahim bin Adham.
"Kalau kamu sudah memahaminya, masih mampukah memakan rezekinya, sedangkan kamu selalu berkeinginan melanggar larangan-Nya?"
02."Yang kedua," kata Ibrahim, "kalau mahu bermaksiat,jangan tinggal di bumi-Nya!
Syarat ini membuat lelaki itu terkejut setengah mati.
Ibrahim kembali berkata kepadanya:
"Wahai Abdullah, fikirkanlah, apakah kamu layak memakan rezeki-Nya dan tinggal di bumi-Nya, sedangkan kamu melanggar segala larangan-Nya?"
"Ya! Anda benar." kata lelaki itu. Dia kemudian menanyakan syarat yang ketiga. Ibrahim menjawab:
03."Kalau kamu masih mahu bermaksiat, carilah tempat tersembunyi yang tidak dapat terlihat oleh-Nya!"
Lelaki itu kembali terperanjat dan berkata:
"Wahai Ibrahim, ini nasihat macam mana? Mana mungkin Allah tidak melihat kita?"
"Ya, kalau memang yakin demikian, apakah kamu masih berkeinginan melakukan maksiat?" kata Ibrahim.
Lelaki itu mengangguk dan meminta syarat yang keempat.
Ibrahim melanjutkan:
04."Kalau malaikat maut datang hendak mencabut rohmu, katakanlah kepadanya, Ketepikan kematianku dulu. Aku masih mahu bertaubat dan melakukan amal soleh"
Kemudian lelaki itu menggelengkan kepala dan segera tersedar dan berkata:
"Wahai Ibrahim , mana mungkin malaikat maut akan memenuhi permintaanku?"
"Wahai Abdullah, kalau kamu sudah meyakini bahawa kamu tidak boleh menunda dan mengundurkan datangnya kematianmu, lalu bagaimana engkau boleh lari dari kemurkaan Allah?"
"Baiklah, apa syarat yang kelima?"
Ibrahim pun menjawab:
05."Wahai Abdullah kalau malaikat Zabaniyah datang hendak mengiringmu ke api neraka di hari kiamat nanti, jangan engkau ikut bersamanya."
Perkataan tersebut membuat lelaki itu insaf. Dia berkata:
"Wahai Aba Ishak, sudah pasti malaikat itu tidak membiarkan aku menolak kehendaknya." Dia tidak tahan lagi mendengar perkataan Ibrahim. Air matanya bercucuran. "Mulai saat ini aku ingin bertaubat kepada Allah." katanya sambil teresak-esak.

ikut syarat2 di atas ni then anda dah qualify utk melakukan maksiat.. naudzubillah minta perlindngan dari Allah..boleh ke?...saya give up awal2...sahabat2 semua...kita kan hambanya yang kerdil dan Allah sahaja yang Berkuasa a'la kulli hal...jadilah hamba yang berakhlak mulia...






'tidak ada sesuatu yg lebih berat diatas neraca timbangan seseorang hamba di hari qiyamat selain dari AKHLAK yang BAIK'~ HR Abu Dawud & Tirmidzi


"Ya Allah bantulah aku untuk berubah mencari redhamu. tiada yang lebih indah daripada mendapat redhaMU. seindah apa pun kenikmatan dunia jika Engkau tidak meredhainya, tentulah ia hanya sia2. Ya Allah, biarlah seluruh dunia ini membenciku, tetapi Engkau mencintaiku Ya Allah"


peringatan buat DIRI & kawan2...

Saturday, May 14, 2011

.:: just to update ::.



saya masih di sini.
tapi tak sempat nak tulis panjang2.
sibuk.
kerja.
homemade chocolate & cookies.
Running Man.
felt crafts.

busy la skit.

=)

Friday, March 18, 2011

.:: SELAMAT TINGGAL SAYANG ::.



SALAM READERS....
isk3x....
nak nngis......
sedih sgt2....
teman kesayangan saya dah dicuri orang.....

orang tu curi kat MASJID time saya tinggalkan beg nk pg toilet...
saya smpy dr toilet tengok poket beg t'bukak...
orang tu amik fon je...
dompet xamik...
duit sume cukup.....
die memang nak fon je kot....
tp yang wat saya terkilan....

pencuri tu mencuri kat MASJID UIA!!!!!!




ni la fon saya...
fon bese je....
NOKIA 6700S
xdela touch screen ke ape....
xbleh wifi pon...
tp ckup istimewa untuk saya....









sedihnye tengok gambar2 kat atas ni...
rasa macam masih sayup2 dengar die beep malam2 mcm ni....
baru jgk la pakai....
start pakai bulan 9 taun lepas...
sekarang baru bulan 3...
baru pakai 6 bulan....
isk2....
sedihnya....

ni la antara gambar2 yang penah di'capture' dengan fon saya..




kepada pencuri fon saya....
nak harap awak pulangkan memang la MUSTAHIL kan...
tapi saya harap awak jage fon tu leklok taw...
saya sayang die...
tp kalau awak nak pulangkan...
letak la kat tempat awak amik die...
saya sayang memory card saya....




sedihnya ya ALLAH...
hari ni memang hari yang penuh dengan ujian.....